TaipanQQLounge Jenis Bawang Yang Digunakan Dalam Masakan. Jenis bawang yang di gunkaan dalam masakan, Bawang merupakan sejenis tumbuhan yang kerap digunakan dalam masakan. Bukan itu sahaja, ianya juga kaya dengan khasiat. Jadi, bawang turut digunakan dalam bidang perubatan tradisional.
Jenis Bawang Yang Digunakan Dalam Masakan. Bawang Putih
Bawang ini pasti kerap anda lihat atau gunakan dalam masakan, bukan? Tambahan pula jika di kalangan orang Asia, bawang putih memang digunakan secara meluas. Bawang putih adalah adalah tanaman abadi dalam keluarga Alliaceae dan genus Allium. Bawang ini tidak tumbuh di hutan, dan dianggap berasal dari spesies Allium longicuspis. Dalam bidang perubatan, bawang putih digunakan untuk mengurangkan tekanan darah, meredakan selsema dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Jenis Bawang Yang Digunakan Dalam Masakan. Bawang Merah
Bawang merah adalah bawang yang berkulit coklat dengan isi keunguan. Ianya mempunyai beberapa lapisan dan saiznya sederhana kecil. Kadangkala, bawang ini rasanya manis dan ada juga yang rasanya pedas, bergantung kepada kualitinya. Bawang ini ditanam dengan meluas di negara Asia kerana popularitinya. Berbanding bawang lain, aroma bawang merah ini agak kuat. Dalam bidang masakan, ianya digunakan sebagai agen perasa dan juga boleh dinikmati sebagai sayuran yang dihiris. Dalam bidang perubatan, bawang merah ini berfungsi untuk menjaga kesihatan tulang, mengurangkan tekanan darah dan melawan kuman.
Bawang Holland
Bawang Holland ini merupakan sejenis bawang yang bersaiz besar yang kulitnya berwarna perang manakala isinya berwarna kuning cair. Berbanding bawang yang lain, isi bawang Holland ini memang tebal. Baunya tidak sekuat bawang merah, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai masakan. Dalam bidang masakan, ia digunakan sebagai bahan untuk mencukupkan rasa sesebuah hidangan. Ia juga digunakan untuk membuat onion ring. Bukan itu sahaja, ia juga berguna dalam bidang perubatan. Iakaya dengan antioksidan, dapat mengawal paras gula dalam darah dan bagus untuk sistem penghadaman.
Bawang Kecil
Bawang kecil ini sebenarnya bawang merah, tetapi saiznya lebih kecil. Ianya berbentuk bulat, tirus di hujungnya dan kulitnya berwarna merah keunguan. Khasiat bawang kecil dalam bidang perubatan ialah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menurunkan paras gula dalam darah dan bertindak sebagai agen antilelah. Dalam bidang kosmetik, bawang kecil juga ada memainkan peranan. Air bawang yang diekstrak boleh digunakan untuk mengatasi masalah kutu, sangat bermanfaat!
Bawang Besar
Bawang besar ini juga merupakan antara bawang yang dikategorikan dalam bawang merah, namun saiznya lebih besar dari yang lain. Berbeza dengan bawang kecil yang boleh dimakan mentah, bawang besar ini rasanya sedikit berangin. Isinya juga tebal dan sedikit keras berbanding jenis yang kecil dan sederhana. Dalam bidang masakan, bawang besar ini digunakan untuk hidangan yang berempah dan pedas. Jadi, bawang jenis ini memang digunakan secara meluas di negara Asia. Antara manfaatnya dalam bidang perubatan ialah bawang besar ialah ia boleh mengawal paras gula daram darah dan meningkatkan kesihatan jantung.